KIMBA SI BOMOH HUJAN
Tersebut lah kisah di perkampungan Negara Afrika. Di negara tersebut terdapat sebuah buah Kampung yang mana tanamannya sangat subur. Semua penduduk kampung hidup sederhana dengan tanamannya menghasilkan buah-buahan yang sangat segar. Tanaman mereka ini dijual disetiap pagi di Pasar Tani berdekatan dengan Kota Istana RAJA AFRIKA.
RAJA AFRIKA ini Sangat kaya, diakatakan kekayaan beliau ini tujuh keturunan tidak akan habis dimakan oleh anak cucu cicitnya. Diceritakan lagi bahawa Perabot-Perabotnya sehingga mangkuk jamban pon diperbuat Dari EMAS. Beliau Tinggal bersama seorang Permaisuri dan seorang Anak.
Apa yang tak bestnya tentang kampung tersebut, setiap tahun kampung tersebut mengalami musim kemarau yang panjang. Kemarau tersebut akan membuatkan semua tanah menjadi gersang, kering-kontang dan hasil tanaman tidak menjadi. Akibat musim kemarau ini lah yang membuatkan setiap tahun Ketua Suku Kaum Afrika ini akan mengadap Raja Afrika ini untuk meminta bantuan
Apabila Ketua Kampung ini mengadap Raja Afrika ini. Cerita tentang kampung tersebut dilanda kemarau. Raja Afrika ini terus teringat dengan Si Kimba ini. Si Kimba ini sentiasa dipanggil untuk memanggil Hujan dan telah berjaya selama ini. "Bendahara! Panggil Si Kimba datang mengadap!" Teriak Raja Afrika ini. dan Apabila dipanggil keesokan harinya Kimba datang lah mengadap.... "Ampun tuanku beribu-ribu ampum, apa yang tuanku kehendaki dari hamba' Kimba bertanya kepada kepada Raja Afrika.
Di negara Afrika ini terdapat seorang BOMOH YANG TERKENAL yakni Kimba. Kimba ini terkenal dengan panggilan BOMOH HUJAN. Dikatakan setiap kali Apabila Kimba dipanggil untuk memanggil Hujan. PASTI Hujan akan turun. PASTI Passsssti!!! Banyak orang di Afrika ini percaya bahawa kuasa ghaib wujud secara semula jadi dan Tuhan dapat mengawal kuasa ini. Makhluk-makhluk di alam roh dan nenek moyang dapat menggunakan kuasa ini. Selain itu, sesetengah orang tahu cara menggunakannya untuk tujuan yang baik atau jahat (juga dipanggil ilmu putih atau ilmu hitam). Kimba hanya menggunakannya untuk memanggil hujan dengan ilmu Putihnya.
"Hamba mahukan kamu pergi membantu kampung yang gersang ini. tolong panggil hujan supaya tanaman mereka subur dan menjadi" - kata Raja Afrika. "Boleh tuanku, tapi beta mahukan pengeras nya tuanku tuanku, saya mahukan 100 tahil emas tuanku.. Baiklah.. kamu boleh bawa 50 tahil emas dahulu sebagai pendahuluan.
Keesokan harinya... Si Kimba pergilah ke kampung tersebut. Apa yang menariknya disini KIMBA mempunyai satu tarian yang unit apabila memanggil hujan. Dia akan menari dan menari sehingga hujan turun dari pagi sehingga tengah hari sehingga malam dan sehingga pagi keesokkan hari nya.. dia akan menari dan menari sehinggalah hujan turun, selagi hujan tidak turun dia akan menari dan menari... 1 hari 2 hari 3 hari selepas penat menari dia akan makan dan minum kemudian dia akan sambung semula untuk menari dan menari sehingga tidak putus-putus menari tegelek-gelek. berhenti makan dan sambung selepas itu... Tiba-tiba.... Guruh kedengaran ... orang-orang kampung pon mula gembira... Kimba terus menari dan menari... sehinggalah hujan mulai turun... bersorak orang-orang kampung ketika hujan turun ketika itu... Ketua kampung pon mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dengan jasa Si Kimba si pemanggil hujan Pawang Handal Afrika itu. Keesokannya dia mengadap Raja Afrika untuk mengambil 50 tahil lagi berupa ketulan-ketulan emas. Si bendahara Raja pon nak mengetahui Rahsia Si Kimba dan berbisik dengan Si Kimba. Apa rahsianya? Si Kimba sangat-sangat menyimpan rahsianya dengat ketat. "Saya boleh bagitahu rahsianya tapi jangan cerita orang lain" kata Si Kimba . 'Malam karang bawa lagi 50 tahil emas kerumah saya... nnt aku ajar cara dia..... sehingga hari ini RAHSIANYA Si Kimba ini tidak dapat diketahui dan selepas 500 tahun baru lah sekarang RAHSIANYA telah terbongkar. Jadi Apa Rahsianya? Apa dia Cakap adalah "Buat sungguh-sunguh Jangan sampai ketahuan". Itu lah Rahsia KIMBA SI BOMOH Hujan.
Lt Cdr (R) Norazri Abd Wahid Pencerita Motivasi ps:Cerita ini ada ceri dongeng semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.Jika ada ia hanyalah kebetulan. https://simpangold.com/blog/anda-nak-duit-tepi-sekaligus-kumpul-aset-emas/goldregister
Comments
Post a Comment